SEbuah wadah yang diciptakan untuk aku,biar aku yang menilai,untuk kepentingan aku...

Polonggos

Foto saya
kampong Melayu, penang, Malaysia
22 tahun hidup di dunia..since 28 february 1988.

Selasa, 14 Julai 2009

dusta skala 3..

Malam ni,tiba-tiba ja teringat teater bakawalee minggu lepas yang bertajuk DUSTA PADA SKALA 1-10.
Aku suka tema cerita tu yang mengaitkan manusia yang selalu berdusta.Bagi aku,sedar tak sedar tiap-tiap saat nafas yang ada kita sedang berdusta.(tapi dusta aku mungkin pada skala 3 saja kot)
Aku selalu fikir,macam ada pembohongan yang besar dalam tiap-tiap hari yang manusia(aku) lalu.Sama ada kita dusta pada orang kedua,atau pada diri sendiri.
Yang paling tak tertahan ialah bila kita dapat tahu kita didusta.Malam ni aku sedar aku dah didusta oleh seorang hamba.Mungkin dia anggap aku sebagai tempat untuk didusta.Tapi mungkin aku sendiri yang bodoh kerana menghalalkan pendustaan tu.
Sebenarnya,dunia dah tiada modal lagi nak sajikan pada penghuninya.Setiap senario yang jadi setiap waktu tu,berulang-ulang,cuma mungkin watak dan latar tempat yang beza.
Aku cuba fikir,apa lagi yang ada selain hidup,mati,kawan,cinta,gaduh,pangkat,wang,stokin,belajar,hiburan dll?semuanya pekara yang sama.Contoh paling mudah yang aku dapat,fesyen yang kita pakai hari ni pun adalah recycle dari zaman dulu.
Mungkin kesimpulannya,pemikiran ini menunjukkan dunia sudah dekat dengan ajalnya.Kerana semua ini sementara.Yang paling penting aku tahu,setiap yang sementara itu berada dalam satu bekas yang dipanggil dusta.
Cuma TUHAN yang kekal abadi.!!!!

6 reaksi:

PuTeRi CaHaYa berkata...

perh... dusta itu adalah sakit... sakit? ting!!!

abu musarrif bin abu bakar berkata...

puteri cahaya-lebih baik kita yang mendusta,dari kita didusta,hehe

puteri_cekak berkata...

..shhh...aku kat mana nie..

hans berkata...

oit abu...
lain sungguh hang skrg noh
hahaa
oit jgn lupa add facebook aku
huhu

Pegawai Khalwat berkata...

sungguh mendalam firasat tuan hamba.

mungkin sebab itu tuan hamba bertukar profesion menjadi pembikin keranda.

abu musarrif bin abu bakar berkata...

putri ckak-kat alam nak mati

hans-ang dah kuruih skang no

pgawai khalwat-buat keranda tk ingat pada mati,heee

masih ada lagi bintang pada malam ini?atau hanya sunyi menemani hari..