Mungkin kekadang kita terlepas pandang pada pekara yang difikirkan remeh bagi sesetengah insane,tapi penting bagi yang lain.Apa pun kita,siapa pun kita,bagaimana pun kita,di mana pun kita dan setinggi mana pun kita,kita semua hanya sama berasal dari tanah,namun perlu ada sesuatu yang harus kita cungkilkan dan sampaikan kepada yang lain.Terpulanglah pada mereka dengan apa caranya jua untuk menyampaikan sesuatu itu.Bentuk penyampaian cuma medium,yang penting ialah isinya,bermakna atau tidak pada kita?Persoalan ini seharusnya tidak dianak tirikan dan dibiarkan begitu sahaja.Mengapa ya kekadang rasa terpanggil untuk menyampaikan sesuatu,tapi tak tahu pun untuk siapa nak disampaikan,dan apa yang igin disampaikan pun kadang-kadangnya masih samar,tapi sekurang-kurangnya terbit sedikit daya usaha dalam pencarian kearah satu.
Abu musarif November 2008
0 reaksi:
Catat Ulasan