SEbuah wadah yang diciptakan untuk aku,biar aku yang menilai,untuk kepentingan aku...

Polonggos

Foto saya
kampong Melayu, penang, Malaysia
22 tahun hidup di dunia..since 28 february 1988.

Isnin, 13 Oktober 2008

karya

Kau datang lagi kini,sujud sembah merayu,memujukku untuk bersama mu seperti hari semalam..
Aku tertawa ,tawa yang menjadi topeng pada tangisku menyembunyikan hibaku
Tapi mengaapa?mengapa setelah raja diri kau calari baru kau memintaku kembali.
Kicauan-kicauan burung yang pernah gembira bila kau disampingku mungkin kini bunyinya telah berubah..
Berubah kerana kau.
Semuanya kerana kau..
Kaulah pendusta cinta…
Semuanya mengenai kau adalah dusta..
Tiada yang benar dari mulutmu,hatta ciuman bibirmu pun dusta belaka..
Moga kau sedar satu masa nanti tiada apa yang kau dapat,melainkan penghinaan semata-mata
Biarkan aku di sini ,aku lebih berjiwa bila bersendirian segala cita ku semakin hamper bila kau tiada..
Kerna
Kau langsung tak memahami,
Kau hanya ibarat seekor haiwan jijik di gunung yang menyalak-nyalak dan tak tahu apa-apa..
Maaf ku pinta kerna suatu masa dulu aku pernah mengagungkan mu,
Kau hanya kosong tak berjiwa………..

Abu musarrif(5.18am 29 september 2008)

0 reaksi:

masih ada lagi bintang pada malam ini?atau hanya sunyi menemani hari..