SEbuah wadah yang diciptakan untuk aku,biar aku yang menilai,untuk kepentingan aku...

Polonggos

Foto saya
kampong Melayu, penang, Malaysia
22 tahun hidup di dunia..since 28 february 1988.

Ahad, 29 Mac 2009

karya tebaru DINSMAN

KUALA LUMPUR, 29 Mac - Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) cawangan Kota Bahru akan
mengadakan pementasan teater karya terbaru Dinsman.





Karya berjudul, 'Menunggu kata dari Tuhan' itu akan dilakonkan secara sola oleh pelakon teater dan pelawak, Sabri Yunus dengan dibantu muzik secara 'live' oleh Sani Sudin.
Menurut Dinsman sewaktu menghubungi Harakahdaily sebentar tadi, karya dari Hadis ini dijangka mengambil masa selama 45 minit dan akan dipentaskan di Bangunan DBP Kota Bahru pada 31 Mac (Selasa) jam 9.00 malam.
Teater yang diarahkan oleh beliau ini, mengisahkan dilema yang dialami oleh seorang sahabat nabi, Kaab bin Malik,akibat tidak mengikuti Rasulullah s.a.w. dalam peperangan Tabuk.
"Akibatnya, Kaab diboikot oleh sahabat-sahabat selama 50 hari dan akhirnya Allah SWT menurunkan wahyu kepada baginda Rasulullah bahawa Allah menerima taubat Kaab,"jelas Dinsman. - mks._

0 reaksi:

masih ada lagi bintang pada malam ini?atau hanya sunyi menemani hari..