SEbuah wadah yang diciptakan untuk aku,biar aku yang menilai,untuk kepentingan aku...

Polonggos

Foto saya
kampong Melayu, penang, Malaysia
22 tahun hidup di dunia..since 28 february 1988.

Ahad, 30 November 2008

BILA TUHAN TIDAK LAGI DI HATI!

Bila tuhan tidak lagi di hati,
Tingkah mula tak tentu hala,
Pintu kebaikkan tidak lagi dibuka,
Neraka pula mengundang tiba…

Bila tuhan tidak lagi dihati,
Dosa pahala semuanya sama,
Sangkakan intan rupanya kaca,
Sudahlah kaca ,diri dibinasa….

Bila tuhan tidak lagi dihati,
Cinta manusia melebihi segala,
Dalam diri terisi bisa,
Cuma diri tak jumpa.

Bila tuhan tidak lagi dihati,
Dunialah segalanya,
Semuanya hanya untuk nama,
Penghujung cerita diri teraniaya.

bukannya salah siapa,tapi salah hati yang tak kenal pada pencipta yang mencipta segala yang tercipta,
aku pun diciptanya…..

ilham tuhan pada ku abu musarrif….

November 2008 masihi0&%%$#@!*&^

1 reaksi:

Diyana berkata...

hidup ini indah
kerana ia anugerah Allah
memang ia berliku,tapi itulah anugerah
masakan kita terasa nikmat bahgia jika tidak pernah derita dan terluka..
masakan kita merasa senang jika tidak pernah susah..
Allah pasti mahu tunjukan sesuatu setiap apa yang diturunkan kepada kita
Allah beri kita kegagalan,kerana pasti Dia mahu kita sedar manisnya berjaya
Allah beri kita luka dan kecewa,kerana pasti Dia mahu kita sedar erti bahgia
Allah beri kita dugaan,kerana pasti Dia mahu kita jangan alpa
Allah beri kita kudrat untuk memilih dan berusaha yang terbaik
Allah pasti menentukan yang terbaik untuk hambaNya..
kerana Allah Maha Pengasih dan Penyayang..
Allah Maha Mengetahui setiap apa yang terjadi..
saat gembira dan bahgia..bersyukurlah atas kurniaanNya..
saat terluka dan kecewa..mengadulah padaNya..kerna Dia tidak pernah jemu dan mengeluh mendengar..
Berdoalah padaNya..kerana hanya Dia yang mampu menunaikan segalanNya..

Dekatkanlah diri denganNya..

Letakkan dalam hati,supaya kita tabah dan tenang setip apa yang terjadi kepada kita...
"Allah pasti mahu tunjukan sesuatu pada kita"

masih ada lagi bintang pada malam ini?atau hanya sunyi menemani hari..